Sabtu, 11 Januari 2014

CARA -CARA PENUAIAN BUAH PISANG?

        Apabila BUAH PISANG MASAK,pokok pisang yang telah menghasilkan buah akan dipotong atau ditebang bagi mengambil  tandan pisang dan memberikan anak pokok pisang yang baru tumbuh.Dalam amalan ladang kiomersial hanya 2-3 anak pokok sahaja yang akan dibiarkan membesar untuk mendapatkan buah pisang yang berkualiti.Batang pisang yang sudah ditebang dan diambil buah boleh digunakan sebagai makanan haiwan.Selain itu,lebihan batang pokok pisang boleh dibuat kompos mesra alam daripada dibuang begitu sahaja.


KHASIAT BUAH PISANG.

       Sememangnya buah pisang merupakan antara buahan yang senang untuk ditanam dan dijadikan santapan kita pada bila-bila masa.Mengamalkan pemakanan buah pisang dalam kehidupan seharian kita sememangnya memberi banyak khasiat yang penting kepada tubuh badan.Dari segi kesihatan,makan buah pisang dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.hal ini kerana buah pisang merupakan spesis buah yang mempunyai potasiumnya yang tinggi.Selain itu,pisang rendah dari segi kalori lemak,sodium yang membantu merendah kolestrol dalam badan kita manusia.Buah pisang dapat merawat pesakit yang mengalami sakit cirit -birit.Hal ini kerana buah pisang mengandungi potasium dan magnesium .

APA ITU PISANG?



     Pisang merupakan buah yang sedap dan lazat...Buah pisang merupakan antara buah tempatan yang ditanam di Malaysia.Di Malaysia buah pisang sememangnya sudah lama ditanam di Malaysia serta dijadikan santapan yang tidak asing lagi bagi kita kerana keenakan dan kemanisan semulajadi buah pisang yang amat menyedapkan .Buah pisang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut,keropok dan kuih .Di samping itu terdapat banyak spesis buah pisang ,antaranya;pisang mas,pisang berangan,pisang kertas,pisang hutan,pisang tanduk dan ada juga spesis pisang yang ditanam khas untuk ubat-ubatan.contohnya cavendish dan rastali.pisang merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara namun sekarang pisang telah dikomersialkan secara besar-besaran kerana tahu buah pisang merupakan buah pisang yang sangat berkhasiat untuk dimakan tanpa mengira had umur dari muda ke tua.



 
 


CARA-CARA PENANAMAN PISANG.........

       Hampir semua kita tidak tahu macam mana buah pisang itu boleh tumbuh...di sini persoalannya?Adakah tumbuh dengan semulajadi?iNILAH JAWAPANNYA.Suhu optimum bagi penanaman pisang adalah 25 darjah celcius sehingga 28 darjah celcius dan tiupan angin pula tidak melebihi i5km sejam.tanaman pisang memerlukan air di antara 1500 sehingga 2500mm setahun.Penanaman pisang memerlukan air terutama apabila pisang mengalami proses berjantung.Walaupun begitu,ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam.Pisang sesuai ditanam di tanah yang berstruktur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi.Keadaan tanah hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus.Benih tanaman pisang bolehlah diperoleh dengan menggunakan susur pedang,teknik belahan dan tisu didik.Benih pisang ditanam bersama dengan campuran organik yang terdiri daripada campuran baja fosfat,kapur,baja organik,dan carbofuran.Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman .Cantasan ini boleh dilakukan 2 minggu sekali.Selain itu,pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik.Bagi penanaman komersial ataupun penanaman secara besar-besaran ,penggunaan sistem pengairan yang sistematik dan betul adalah perlu.